Thursday, January 13, 2011

teguran itu menyenangkan

بسم الله الرحمن الرحيم                                                            

T E G U R A N `I T U `M E N Y E N AN G K A N......

Dalam hidup...kita sebagai manusia biasa tidak akan lepas dari membuat salah. Setiap hari mesti ada kesalahan yang kita buat.... Kalau tidak banyak..sikit... Oleh sebab kita ini makhluk yang tidak lepas dari membuat kesalahan.... Maka disinilah elemen TEGURAN amat memainkan peranan.... Tetapi tidak semua manusia boleh menerima teguran dengan senang hati, dengan hati terbuka, dengan berlapang dada.... Daripada pengalaman saya sendiri, kebanyakan orang akan melihat teguran ini seolah-olah nak tunjuk kelemahan mereka.... maka selalunya teguran ni dibalas dengan kata-kata yang kurang enak didengar, contohnya:"eh, suka hati akulah nak jadi apa pun, kau apa peduli....". Adooooiiiiileeee.....susahkan...!!!!

Manusia tidak suka pada teguran sebab dalam diri manusia ada satu sifat iaitu "EGO"..... Semua manusia ada sifat ini.... Bezanya mungkin sikit atau banyak ego tu dalam diri kita dan bagaimana kita mengawalnya.... Namun walau setinggi mana pun ego kita, kita perlu menerima teguran yang membawa kebaikan pada kita.... Rasulullah SAW junjungan kita, pemimpin agung, kekasih Allah, insan yang dijanjikan syurga juga menerima teguran.... Pernah satu ketika baginda di tarik dengan kasar oleh seorang Arab yang meminta baginda melunaskan hutang baginda walaupun belum sampai tarikh kutipan hutang.... Saidina Umar yang berada dengan Rasulullah pada waktu itu, menghunuskan pedang dan memarahi lelaki Arab tersebut kerana berkasar dengan Rasulullah.... Apa Rasulullah buat.... Rasulullah bersabda" wahai Umar, sepatutnya engkau menegur aku supaya aku membayar hutangnya, dan kau menegur dia supaya dia meminta hutangnya dengan cara yang baik...." Nah itu akhlak al-Quran yang Rasulullah tunjukkan..... Indah kan... Kalau kita lah ditempat Rasulullah, dikasari kemudian minta hutang, ada pula orang yang nak tolong kita, rasanya kita biarkan je orang yang mengasari kita tu dikerjakan orang yang nak tolong kita tu..... Tapi dari kisah tadi, kita lihat bagaimana Rasulullah mendidik kita..... Walaupun dikasari, Rasulullah tetap berlembut dengan lelaki Arab tadi.... Malah minta ditegur.... Disitu kita lihat Rasulullah meraikan teguran....

Saidina Umar, siapa tidak kenal beliau, tegas, gagah, perkasa juga menerima teguran.... Pernah satu ketika beliau ditegur oleh seorang peminum arak.... Dan beliau menerima teguran tersebut.... Maka orang yang melihat keadaan tersebut terasa pelik dan janggal.... Jadi mereka bertanya " Wahai Amirul Mukminin, kenapa kau terima teguran dia, sedangkan dia seorang peminum arak....???"
Apa jawapan Saidina Umar "Ya, dia berdosa kerana meminum arak, tapi teguran dia kepadaku adalah benar...." Lihat disitu, Saidina Umar menerima teguran seorang peminum arak....

Dari dua kisah diatas kita lihat bagaimana Rasulullah dan Saidina Umar menerima teguran dengan hati yang lapang.... Rasulullah itu kekasih Allah.... Saidina Umar itu Amirul Mukminin.... Kedua-dua mereka nama besar dalam Islam..... Kedua-dua mereka menerima teguran.... Kita pula..siapa kita, manusia biasa, yang hidup setiap hari tidak lepas dari melakukan dosa, maka tidak bolehkan kita menerima teguran. Siapa kita sampai tak nak menerima teguran.....

Seharusnya kita melihat teguran sebagai satu instrumen untuk membetulkan kembali apa yang salah...bukannya sebagai penjatuh kredibiliti kita..... Melihat teguran dari sisi yang positif.... jangan lihat dari sisi yang negatif.... Orang tak akan dapat memberi teguran kepada kita kalau dia tidak perhatikan kita... Bila dia perhati, barU dia dapat lihat dimana kekurangan kita, maka dia tegur kita... Kenapa dia tegur, sebab dia nak betulkan kekurangan kita tu, kenapa dia nak betulkan kekurangan kita tu, supaya nanti kita ni nampak baik-baik sahaja.... Kalau kita ni nampak baik-baik sahaja, bukankah makin ramai orang yang akan menyenangi kita... Kan bahagia kalau begitu.... Makanya...Berlapang dada dengan setiap teguran.... InsyaAllah kita akan lebih tenang.... apa pun seyum buat semua....(",)

Wallahualam........

No comments:

Post a Comment