Thursday, March 31, 2011

sedetik lebih by anuar zain

dedicated tuk my mak ,ayah,family n teristimewa kamu yg bernama MFH.....

~BUAT TATAPAN KAUM HAWA,PERINGATAN UTK KAUM ADAM~


Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Wednesday, February 9, 2011

baik baik sayang by wali band

lagu dari my BFF...ada maksud yang tersirat..
tak dapat aku nak bayang 10 bulan tanpa dia....hhuhuhuhuhu.sapa nak teman aku bila aku takut,sapa nak masak tuk aku bila aku lapar,sapa nak pujuk aku bila aku merajuk,sapa nak tegur aku bila aku silap,sapa nak bg semangat kat aku bila aku rasa rendah diri... sapa nak teman aku pergi mekah wat umrah,sapa nak teman aku g batha ,g euro......huhuhuhuhuhu.mmmmmmmmmmmmmmm
tak dapat aku nak bayangkan......sapa nak wat roti tuk aku..sapa nak wat suprise besday party tuk aku...semuanya masih menjadi tanda tanya...biarlah ALLAH yg tentukan..wallahualam..aku redha dgn ketentuan MU.

feb 2011....

mmmmmmmmmm.banyak yg berlaku dalam bulan ini..aku akan ingat sampai bila2...

salah satunya kawan baik aku noy akan exit dari saudi...tinggal lah aku sensorang..dia adalah sebaik2 sahabat yg pernah aku ada.dia sedia mendengar,memberi nasihat,memberi aku kekuatan tuk tempuh life jauh dari keluarga tercinta.....perubahandalam dirinya buat aku bersyukur...dia berubah menjadi seorang muslimah..harap perubahan ni akan berkekalan....im proud of you,noy.

feb jua adalah bulan aku balik vacation.3 minggu yg sepatutnya aku nak masuk kelas amik degree tapi alih2 malas plak sekarang ni..biarlah ada rezeki aku sambung pas exit next year..family more important then other....aku nak spent timengan keluarga aku..coz aku rasa aku dah waste time ngan family sejak aku kat sini....duit boleh di cari tetapi family adalah segalanya........hope pas setahun ni aku akan kembali ke msia tuk berkhidmat di negara sendiri.....insyaALLAH

Banyak suka duka aku ngan noy....dia ada di sisi aku bila aku perlukan nya...dan dia adalah chef aku.pasni aku tak tau mcm mana life aku..maybe aku akan more merendahkan diri membanyakkan ibadat tuk ALLAH.wallahualam....

noy,mmg aku tak nak kamu baca blog ni sebab ada coret suka duka bersama....aku dedicated lagu ini tuk kamu;

harga diriku by wali band....

di dirimu aku menemukan
yg mencintaiku yg menyanyangi ku
di dirimu aku ketakutan 
kau biarkan kau tinggalkan ku

bila kamu tak lagi dgn ku
tak tahu apa tuk jalani  hidupku
bila memang kau  pergi dariku
ku tak ada lagi di dunia ini

mengertikah kau siang malam ku 
dan tangis tawaku kau semua hidupku
pandang aku pandang hatiku...
aku tak mampu melangkah tanpamu.

bila kamu tak lagi dgn ku
tak tahu apa tuk jalani hidupku
bila memang kau  pergi dariku 
ku tak ada lagi di dunia ini

bukan ku tak punya harga diri 
tapi dirimu begitu bererti
kau lah nafasku 
kaulah harga diriku mengerti aku.

bila kamu tak lagi dgn ku
tak tahu apa tuk jalani  hidupku
bila memang kau  pergi dariku
ku tak ada lagi di dunia ini

di dirimu aku menemukan....................



tq noy coz pernah hadir sebagai kakak,sahabat,kawan n teman baik ku....tq tuk segalanya,,,

Wednesday, January 26, 2011


بسم الله الرحمن الرحيم                                                    

               S U R A T `D A R I “A K U “U N T U K  ` M U............

Aku melihatmu kelmarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu....
Dalam bangun tidur kamu rasa malas..… berbahagia sungguh aku,
Dalam sujud pun engkau berjaya dilalaikan aku, lagilah jika engkau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu..... Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu @ dalam setiap gerak hidupmu......
Juga tidak rasa malas nak mengerjakan solat IshaK sebelum berangkat ketempat tidurmu....

Akulah rasa malas kamu , sedang jika kamu menyukai sesuatu maka kamu tidak jemu2 melakukan, tapi kalau menolong ibubapa mu walaupun senang bagi kamu, aku letakkan rasa malas dah kamu selalu mengikuti, terimakasih kamu.....

Jika kamu benar2 orang yang bersyukur, Aku tidak menyukaimu..... Jangan berterimakasih terhadap orang yg menjaga kamu dari kecil, nescaya kamu akan menerima cinta dari pasangan yg tidak pernah menjaga kamu pun macam ibubapa kamu, itu antara hasil kerja aku, terimakasih kerana melakukan sebegitu.....
Rasa “PERLI” itu antara kepakaran aku untuk melemahkan kamu, orang tegur kamu tapi kamu rasa perli dan kamu marah, terimakasih sangat-sangat dari aku.... Dah tak salah tu orang tegur kamu marah, bagus2 .... kalau salah pun kamu tak mohon maaf, bagus2.... Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu..... Aku akan buat kamu rasa bagus dalam hidupmu.... Kemalasan antara senjataku...... Makan je mahu, berusaha kamu malas, aku lalaikan kamu dengan hiburan.....

Akan aku serapkan rasa SABAR tapi berapi, kamu akan ingat kamu sabar tapi sebenar2 kamu sedang sakit hati maka dari situ timbul sikap derhaka kamu pada ibubapa kamu @ saudara kamu, sedangkan kamu ingatkan kamu berlaku baik, amatlah disukai aku..... Dari sekolah aku mula melalaikan kamu, jangan ikut nasihat ibubapa mari berkawan dengan orang yang aku telah berjaya sesatkan......
Orang yang berjaya menghindari aku dan menasihatimu maka jangan engkau ambil nasihat mereka, ikutlah kepala kamu itulah caraku menyesatkanmu maka kamu akan gagal dalam pelajaran terheretlah kamu dalam kemalasan dan pasti tidak bersyukur akan apa yg ada, terimakasih kamu........

Hai Bodoh, Kamu millikku, lagi kamu rasa kamu pandai dari orang lain maka lagi aku suka.......

Akan aku serapkan rasa kamu lebih baik dari orang lain, sombonglah dengan orang yang menyayangi kamu marilah bergabung orang-orang yang menolak hidup cara Islam, pasti terkutuk hidup mu...… itulah minat aku terhadapmu...... Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, dan aku masih belum belum benar2 mencintaimu...... Kerja aku hanya untuk menyesatkan mu....
Malah aku masih membencimu dari permulaan kejadian kamu dimana aku tidak patuh perintah Allah untuk menghormati kamu maka aku dihukum keneraka, maka aku memohon pada Allah agar dizinkan menyesatkan kamu..... Maka aku diizinkan menyesatkan segolongan yang lalai seperti kamu.....
Sedang aku pun memohon keizinan pada Allah, ada jugak yang solat aku berjaya lalaikan lagilah orang seperti kamu yang lalai dan meninggalkan solat.....

Cinta sesama pasangan itu antara kepakaranku, aku akan pancarkan rasa kesunyian di hati kamu apabila kamu melihat kesesatan orang lain..... Malah dalam benci pelakuan mereka dalam keadaan itu aku letakkan keinginan untuk mencuba....
Aku serapakan rasa kesunyian apabila nampak bahagia keadaan mereka yang bercouple sedangkan itu aktivitiku terhadap si darah muda..... Apabila mula kamu mahu mencuba dan rancangan kamu berjaya temukan cinta, aku amat-amatlah bahagia kerana engkau menolak nasihat Allah dan Rasul serta nasihat ibubapa kamu.......

Apabila bercinta engkau dilanda rasa sunyi yang amat-amat sangat, kena jumpa selalu, sms selalu, tidak senang duduk maka hidup kamu tidak jadi keruan , itulah kerja aku dan seperti selalu kamu mahu ikut aku......
Bila berjumpa macam-macam boleh berlaku, hingga terlahir anak luar nikah pun ada sebab aku memang suka sebegitu........

Aku rasa puas jika berjaya membuat kamu rasa kamu anak yg baik padahal kamu tu bodoh, sedangkan orang yg menasihati kamu akan kamu anggap derhaka pada kamu...... Memang kerja menyesatkan itu kerja aku.....

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah........

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya.........

Kalau mampu kamu lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan Tuhanmu masih memberi peluang kejayaan untukmu dihari depan.......

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, sedang kamu menipu diri kamu sendiri..... dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka sampai yang mudah2 pun kamu anggap payah....
Aku benar-benar berterimakasih padamu, kerana aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani, jika engkau mengikuti nasihat ibubapa kamu pasti kamu selamat, tapi kamu bodoh mengikut aku, terima kasih kamu........

Kita nonton film lucah dalam handphone @ diinternet , memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya , bergosip, menghukum orang, fitnah orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua , menambah2 cerita, menyembunyikan kebajikan, amatlah disukai aku, terimakasih kamu.........
Tidak menghargai Islam, berperilaku buruk..... Maka org sahaja harus melayan kamu dengan baik tapi sebalik dari kamu bukan seperti LAYAK layanan seorang anak pada ibubapa......

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja..... Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.......

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita...... Ini hanya merupakan surat penghargaanku untukmu.......

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.......
Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu........

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa..... Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu......

Aku berjaya menjadikan kamu lebih tua dari usia sebenar, dan sememang aku suka mengoda darah muda...... Maka kamu akan jadi malas, konon2 pecinta kekasih yang setia dan lupa tanggungjawab sebenar kamu..... Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa..... Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah berlagak lah sebanyak mungkin.......
Lakukan semua ini didepan saudara-saudara kamu dan agar mereka akan menirunya........ Kamu pun suka mereka jadi begitu......!!!

Aku berjaya lalaikan kamu dari jadi anak yang SOLEH, berbahagia sungguh aku, tapi terkutuklah kamu dan kamu masih leka diulit kesombonganmu.......Begitulah anak-anak.... Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang..... Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.....

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu......Tapi tetap kamu dapat lihat bagaimana aku mengoda yg lain-lain macamana kamu sendiri kena sebelum ini … mampu kamu mencegah kemungkaran.....??? sedang kamu sendiri pun terkena. :senyum: HA ketawa aku......(",)

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit........

Memperingati orang bukan tabiatku, mengumpat dan mengutuk serta tidak suka berdamai amatlah dihargai aku tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa ,sepertinya memang agak pelik …betapa bodoh kamu ikut aku.......

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu...... Kamu dijanjikan kejayaan serta ganjaran pahala jika kamu mahu berusaha tapi sebalik kamu malas … bukan sahaja tidur kamu yang lama tidak membuatkan kamu lagi gagah malah kamu makin letih … aku suka sikap sebegitu.....

Hanya saja kau harus menjadi orang tolol yang lebih baik dimata ALLAH.......

MAKA SIAPAKAH AKU......???


Wallahua'lam......

Thursday, January 20, 2011

Syaitan membantu ke masjid.........................

Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk solat subuh di Masjid . Dia berpakaian,berwudhu dan berjalan menuju masjid . Ditengah jalan menuju masjid,pemuda tsb jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkanbajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju,berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid .

Dlm perjalanankembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi,bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia,sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid .

Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.

Dia menanyakan identiti lelaki tsb, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid ,

jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'

Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .

Saatsampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawalampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya. lelaki itu menolak.pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan, lagi, jawapannya sama.

Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat..

lelaki itu menjawab

"Aku adalah IBLIS (syaitan)"


Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.

Setan kemudian menjelaskan, 'Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dansayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah,membersihkan badan dan kembali ke masjid ,
Allah memaafkan semua dosa2mu.

Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmumerubah fikiran untuk tinggal dirumah , kamu tetap memutuskan kembalimasjid .

Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu.

Saya KHUATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga , jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu,
jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat....'


Moral:
Jangan biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.
Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan kerana kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .

Saturday, January 15, 2011

sesama kita kongsikan bersama..wallahualam.....

WANITA yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu neraka dan terbuka tujuh pintu syurga. Masuklah mana-mana pintu yang dia sukai dengan tanpa hisab.

1. Rasulullah bersabda, maksudnya : “Wanita, apabila dia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.”

2. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang salih.”

3. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian dia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya, maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.”

4. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Perempuan itu aurat maka apabila dia keluar mendongaklah syaitan memandang akan dia.”

5. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak, haramlah baginya bau syurga.”

6. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas khawin).”

7. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anaknya akan tinggal bersama ku dalam syurga.”

8. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apabila seorang wanita mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).”

9. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan muhrimnya) adalah seumpama gelap gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya.”